THE ONE THAT GO AWAY
THE ONE THAT GOT AWAY
Setiap yang datang pasti akan pergi. Lumrah kehidupan manusia untuk datang dan pergi. Namun bukan semua yang datang itu membahagiakan, bukan semua yang pergi itu menyedihkan. Ini kisah aku yang gembira kehilangan dia.
Masa sekolah dahulu, aku sangat dikenali dalam kalangan rakan-rakan apabila memberi nasihat dalam percintaan. Setiap masalah dalam perhubungan ada sahaja jalan penyelesaian aku dapat berikan. Hakikatnya, aku tidak pernah mempunyai hubungan percintaan dengan sesiapa pun. Adalah dua tiga lelaki sebelum ni, tapi tak serius pun. 3 hari bercinta terus minta putus. Mungkin sebab aku takut dimarahi oleh kakak aku kalau dia dapat tahu aku bercinta pada umur aku yang masih muda ini.
Sehinggalah suatu hari aku mengenali seorang lelaki yang menarik perhatian aku. Aiman. aku kenali Aiman sewaktu aku di tingkatan 6. Aku tak tahu siapa dia pada mulanya, tapi disaat kali pertama aku berjumpa dengan dia, aku suka.
Setahun setengah aku simpan perasaan aku. Bukan tak nak bagitahu, tapi aku tahu hujungnya nanti mesti kena tolak. Tak mahulah aku. Bikin malu aku saja. Jujur aku katakan tiada siapa pun tahu tentang perasaan aku kecuali kawan baik aku, Farah.
Sehinggalah suatu hari, aku terkejut bila melihat notifikasi Instagram ada mesej dihantar oleh dia. walaupun hanya sekadar "Hai", sudah cukup membuatkan aku gila. Bermula dari situ hubungan kami menjadi rapat. Tentunya dari kawan menjadi pasangan kekasih.
Namun, kisah cinta ini bukanlah seindah yang disangka. Aku sangkakan dia ikhlas, rupanya semua itu sandiwara semata-mata. Disaat hubungan kami hampir putus, barulah aku sedar siapa dia sebenarnya.
Di hari lahir ku yang ke 20, aku terima satu mesej dari kenalan aku, "Najwa, kau masih lagi dengan Aiman ke?" Aku pelik bila aku terima mesej sedemikian. Tapi tak wajar aku pelik sebenarnya sebab 2 bulan sebelum hari lahir aku lagi hubungan kami renggang. Tidak rapat macam masa mula-mula dulu.
Lalu aku membalas, "Kenapa Hana?, ada apa-apa jadi ke?". Sungguh berkecai hati aku bila Hana memberitahu selama ini dia hanya mempermainkan aku sahaja. Sepanjang 2 bulan hubungan kami renggang, rupanya dia ada orang lain dibelakang aku.
Aku tidak berpuas hati, aku terus cuba mencari maklumat tentang Aiman. Dalam hati aku masih percaya dengan dia, walaupun sedikit. Hati aku remuk setelah aku kumpul segala maklumat mengenai Aiman, rupanya sejak kali pertama lagi dia tidak serius dengan aku.
Lebih menyakitkan lagi bila selama ini aku telah banyak berkorban untuk dia. Jujur aku katakan ini merupakan hari jadi paling teruk pernah aku rasakan. Sebulan juga aku hidup terumbang-ambing. Drama sangat.
Sehinggalah akhirnya aku sedar dan aku bersyukur, aku kehilangan dia. Dia adalah satu-satunya insan yang aku gembira tentang kehilangannya. Semoga bahagia Aiman. Dunia ini bulat, karma sentiasa menanti.
Comments
Post a Comment